PALSU:
Tular di media sosial dakwaan bahawa ada kenaikan kadar tol di pelbagai lebuhraya kecuali Lebuhraya Utara Selatan.
Sumber gambar: Whatsapp
SEBENARNYA :
Kementerian Kerja Raya (KKR) menafikan akan berlaku kenaikan tol di beberapa lebuh raya utama seperti yang viral di Facebook (FB) dan WhatsApp.
Menerusi Twitter Kementerian itu, penyebaran maklumat berkenaan adalah palsu dan orang ramai diminta menghentikan penyebaran maklumat yang tidak benar itu.
SUMBER :
Catatan Twitter Kementerian Kerja Raya