Pendaratan Pelarian Rohingya Di Langkawi?

TULAR:
483

PENJELASAN:

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) memperjelaskan dakwaan kononnya 4 buah bot yang membawa 200 pelarian Rohingya akan mendarat di persisir pantai Malaysia khususnya di Langkawi.

Sumber gambar : Facebook

Menurut APMM, pihak mereka mengesahkan tiada pendaratan pelarian Rohingya di persisir pantai negara sejak menerima maklumat yang mendakwa 4 buah bot membawa 200 pelarian Rohingya akan tiba di Malaysia.

Pada 10 Oktober 2016 jam 9:00 pagi, Maritim Malaysia telah menerima maklumat daripada pihak polis yang mempercayai seramai 200 orang pelarian Rohingya dalam pelayaran menuju masuk ke perairan Malaysia dengan menggunakan 4 buah bot kecil.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Yang Berbahagia Dato’ Sri Hj Ahmad Puzi bin Hj Ab Kahar berkata, “Kami telah mengawasi setiap bot-bot yang menyusuri sempadan perairan negara khususnya di Langkawi bagi memastikan tiada cubaan menyusup masuk dilakukan. Berdasarkan pengalaman lalu, kami mempercayai bahawa sekiranya perkara itu berlaku, berkemungkinan pelarian tersebut akan menukar arah pelayaran dan menuju ke negara jiran yang lain.”

SUMBER:

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

Berita Harian

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI