Kadar Tol Naik Pada 16 November 2016?

TULAR:
268

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa kadar tol akan dinaikkan pada November 16.

Sumber gambar: Facebook


SEBENARNYA :

Kementerian Kerja Raya (KKR) menegaskan laporan yang tersebar mengenai kenaikan kadar tol di beberapa lebuhraya kononnya bermula 16 November ini adalah palsu.

Ini jelas apabila laporan berkenaan memetik tarikh dan hari yang salah dengan menyebut kenaikan tol kononnya akan berkuat kuasa pada Isnin 16 November, padahal 16 November 2016 jatuh pada hari Rabu.

Menurut Kementerian Kerja Raya lagi, setakat ini belum ada sebarang keputusan dibuat mengenai kenaikan Tol dan justeru laporan yang diviralkan terutama di media sosial itu adalah palsu.

SUMBER :

Kementerian Kerja Raya

Sinar Harian

Astroawani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI