Gas LPG Naik Harga?

TULAR:
1009

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan bahawa kononnya harga gas petroleum cecair (LPG) akan naik harga.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menegaskan khabar angin yang viral di media sosial bahawa gas petroleum cecair (LPG) akan dinaikkan sebanyak RM7 setong mulai 2017 adalah tidak benar.

Menurut menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin, “harga LPG akan dinaikkan pada tahun hadapan menjadi viral di laman-laman sosial sehingga membangkitkan kemarahan rakyat dan suasana panik dalam kalangan pengguna, saya ingin nyatakan buat masa ini tiada kenaikan harga LPG dan pengguna tidak perlu panik.”

SUMBER:

Utusan

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI