
PALSU :
Tular di media sosial dakwaan berlakunya penculikan kanak-kanak untuk dibawa ke Thailand bagi tujuan pemerdagangan organ.

SEBENARNYA :
Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff berkata, berita dan foto yang tersebar mengenai perkara itu yang didakwa berlaku di Bukit Kayu Hitam, sehingga menjadi viral di media sosial sudah lapuk dan tidak berlaku.
Katanya, kawalan ketat dan operasi polis bersama pelbagai agensi keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand menyukarkan sindiket penculikan melakukan kegiatan itu.
SUMBER :