Bibir Seorang Murid Di Duyong Melaka Terkoyak Akibat Terkena Bucu Meja Sekolah ?

TULAR:
1102

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa seorang murid di sebuah sekolah di Duyong, Melaka terkoyak bibirnya akibat terkena bucu meja sekolah.

Sumber gambar : Facebook

SEBENARNYA :

Jabatan Pendidikan Negeri Melaka  menafikan berlaku kes bibir seorang murid terkoyak dipercayai terkena bucu meja di sebuah sekolah rendah di Duyong, seperti yang viral di media sosial, terutama menerusi aplikasi WhatsApp .
“Saya sudah menghubungi pegawai dan mereka mengesahkannya melalui guru besar Sekolah Kebangsaan (SK) Duyong dan SK Seri Duyong, tiada kes itu (viral). Kita turut menerima maklumat tiada laporan mengenai kes berkenaan berlaku di sekolah rendah lain di dalam daerah Melaka Tengah,”Pengarahnya, Abu Bakar Sahari mengesahkan perkara itu.

SUMBER : 

Berita Harian 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI