PENJELASAN :
Mahkamah Syariah Kelantan memperjelaskan dakwaan bahawa kanak-kanak yang berusia 11 tahun yang berkahwin dengan seorang peraih getah berusia 41 tahun akan turut didakwa oleh pihak Mahkamah sepertimana yang hangat diperkatakan.
Timbalan Pendakwa Syarie Negeri Kelantan, Nor Azizi Abdul Rahman berkata, budak 11 tahun yang berkahwin dengan seorang peraih getah berusia 41 tahun tidak akan didakwa di mana-mana Mahkamah Syariah di Kelantan.
Menurut beliau, pihaknya membuat keputusan untuk tidak mendakwa budak itu kerana dia warga Thailand.
SUMBER :