Waspada Peningkatan Jangkitan HFMD Di Pulau Pinang

TULAR:
582

WASPADA:

Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dengan penularan jangkitan Penyakit Kaki Tangan Dan Mulut (HFMD) di Pulau Pinang.

Sumber gambar: Facebook

Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia telah diarah menjalankan siasatan dan langkah segera bagi mengawal dan menangani jangkitan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) di Pulau Pinang.

Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, arahan yang sama turut dikeluarkan kepada semua pengarah hospital di Pulau Pinang.

Menurut beliau, “Bahagian Kawalan Penyakit sedang memberi tumpuan terhadap isu ini, usaha yang perlu sekarang adalah elakkan penularannya, difahamkan kini lebih 1,500 kes dilaporkan mengenai penyakit itu”.

HFMD adalah penyakit disebabkan virus dan antara gejalanya ialah demam, ruam di tapak tangan, kaki dan ulser di mulut serta lidah.

SUMBER :

Facebook Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia

Astro Awani

Berita RTM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI