PENJELASAN:
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis memperjelaskan dakwaan sebuah video yang kononnya terdapat sejumlah dua kotak wang kertas palsu RM50 dan RM100 yang dirampas daripada pelancong China di Perlis, sepertimana yang tular di media sosial.
Menurut Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM):
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis mengesahkan sebuah video yang memaparkan sejumlah dua kotak wang palsu yang dirampas dari pelancong Cina seperti mana tular di laman sosial adalah kejadian pada tahun 2017.
Menurut Pengarah Kastam Perlis, Wan Nor Wan Mamat, kejadian yang dirakam dalam video berdurasi satu minit itu juga tidak berlaku di pintu sempadan negeri itu.
Video berkenaan memaparkan sejumlah wang kertas RM50 dan RM100 yang ditemui disorok dalam kotak di atas sebuah bas persiaran.
Menerusi keterangan yang tular bersama video itu, bas persiaran terbabit membawa masuk pelancong dari Cina untuk membeli-belah di negara ini.