Seorang Pelajar Perempuan Sekolah Agama Di Segamat Diculik?

TULAR:
1457

PENJELASAN:

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperjelaskan dakwaan kononnya berlaku kejadian penculikan yang membabitkan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di sebuah sekolah agama di Segamat, Johor.

Kandungan mesej yang tular tersebut adalah seperti berikut:

Mohon viralkan seberapa pantas yg boleh!!

Jika sesiapa ternampak budak perempuan ni yg bernama Nur Farisa Damia, sila serah kepada mana2 balai polis. Dipercayai diculik.
Hilang pagi ini di sekolah agama kampung jawa, segamat, sebelum sessi kelas tambahan. Jika ada apa2 maklumat sila hubungi whatsapp 018******.

Mohon kepada semua, viralkan dimana2 laman. Kebenaran sudah diperolehi.
Terima kasih.
#kredit dato ed

Sumber gambar: Facebook

Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM):

Polis mengesahkan kejadian culik membabitkan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di sebuah sekolah agama di Segamat, adalah tidak benar.

Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Raub Selamat, sebaliknya kejadian culik itu hanya disebabkan salah faham antara pihak keluarga.

Jelasnya, kejadian berkenaan berlaku pada 18 Oktober lalu yang mana menyaksikan remaja itu dilaporkan hilang dan tidak dapat dikesan sebaik selesai waktu sekolah oleh bapanya.

Hasil siasatan kemudiannya mendapati remaja berkenaan sebenarnya telah diambil ibunya dan dibawa pulang ke Johor Bahru.

SUMBER:

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI