PALSU :
Tular di media sosial yang dakwaan bahawa punca Hospital Sultanah Aminah terbakar adalah berpunca dari telefon bimbit yang dicas.
Sumber gambar: Facebook
SEBENARNYA :
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor hari ini menafikan kebakaran di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini berpunca daripada telefon bimbit dicas, seperti yang didakwa dalam media sosial.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Johor, Mohd Rizal Buang berkata, punca sebenar kejadian belum dikenal pasti kerana siasatan kebakaran masih dilakukan.