PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa kebakaran kereta di kawasan parkir Light Rail Transit (LRT) Taman Jaya, Selangor adalah berpunca dari letupan bom.
SEBENARNYA :
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan terdapat letupan bom yang merosakkan enam kenderaan tetapi menyatakan terdapat kebakaran di kawasan parkir LRT Taman Jaya, Petaling Jaya.
Menurut Ketua Polis Selangor, Dato Abdul Samah bin Hj. Mat menjelaskan bahawa sebaran tular dalam laman media sosial Facebook berkaitan kejadian kebakaran di kawasan parkir LRT Taman Jaya adalah satu kes jenayah yang berunsurkan perbuatan khianat dan BUKAN kejadian yang melibatkan sebarang ANCAMAN KESELAMATAN OLEH MANA MANA KUMPULAN PENGGANAS seperti yang digembar gemburkan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.
SUMBER :
Facebook Polis Diraja Malaysia