PENJELASAN :
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memperjelaskan laporan media bahawa banyak Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di seluruh negara telah ditutup, sepertimana yang tular dalam laporan media.
Menurut menterinya, penutupan sementara Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dibuat sebagai persediaan kepada pelaksanaan KR1M 2.0, di samping bagi tujuan penambahbaikan kepada kelemahan sebelum ini, membabitkan kerjasama pelbagai agensi. Butiran terperinci mengenai penambahbaikan KR1M akan diumumkan pada hari pelancaran KR1M 2.0.
SUMBER :
Facebook Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)