Murid Sekolah Diculik Di Seri Iskandar, Perak ?

TULAR:
557

PENJELASAN : 

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) memperjelaskan dakwaan bahawa terdapat dua murid sekolah di Seri Iskandar, Perak  hampir diculik oleh penjenayah yang menaiki van putih sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar : Facebook

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah menafikan kejadian culik tersebut berdasarkan siasatan yang dibuat.

“Memang betul pihak polis ada menerima laporan daripada guru sekolah itu berhubung kejadian ini dan kita telah membuat siasatan lanjut dengan berjumpa dua murid terlibat. Tidak ada kejadian culik yang berlaku sebenarnya, sebaliknya disebabkan ketakutan murid itu sendiri kepada van berwarna putih. Mungkin disebabkan sebelum ini terlalu banyak kisah berkenaan van putih yang disebarkan,” katanya.

SUMBER :
Polis Diraja Malaysia

Sinar Harian

 

 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI