Laluan AKLEH Ditutup Dari 22 September 2017 Sehingga 15 November 2017 ?

TULAR:
932

PENJELASAN :

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memperjelaskan dakwaan bahawa laluan AKLEH akan ditutup dari 22 September 2017 sehingga 15 November 2017 sepertimana yang hangat diperkatakan.

Gambar hiasan. Sumber gambar : MyNewsHub

JPS berkata beberapa laluan di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) akan ditutup secara berperingkat bermula pada 22 September 2017 sehingga 15 November 2017untuk kerja-kerja projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Bunus oleh JPS.

JPS berkata penutupan penuh laluan akan dilakukan pada Jumaat hingga Isnin bermula pukul 11 malam hingga 4 pagi manakala penutupan secara sementara pada Isnin hingga Jumaat dari pukul 10 pagi hingga 3 petang.

 

SUMBER :

Bernama


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI