Starbucks Disahkan Haram Oleh JAKIM?

TULAR:
44066

PALSU :

Tersebar luas sebuah mesej tular yang dikitar semula, kononnya daripada seorang tokoh agama yang mendakwa bahawa minuman Starbucks disahkan haram oleh JAKIM kerana mengandungi bahan E471 (Emulsifier 471).

Versi Terkini. Tular: September 2017

Sumber gambar: WhatsApp

Versi Terdahulu. Tular: Oktober 2016

Sumber gambar: facebook.com

SEBENARNYA :

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyatakan bahawa mesej tular yang dikitar semula di media sosial mengenai dakwaan seorang tokoh agama, Dr. Zahazan Mohammad mengeluarkan kenyataan Starbucks haram sudah pernah dijawab oleh pihak JAKIM.

Menurut JAKIM, premis makanan Starbucks adalah pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dan tarikh luput SPHM tersebut adalah sah sehingga kini. Isu tular yang tersebar kononnya kenyataan daripada seorang tokoh agama adalah palsu sebagaimana kenyataan akhbar beliau pada 11 Disember 2014.

SUMBER :

Facebook Bahagian Hab Halal, JAKIM

Mstar

The Star

 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI