PENJELASAN :
Bank Simpanan Nasional (BSN) memperjelaskan dakwaan bahawa terdapat pemotongan ataupun kehilangan wang dalam akaun simpanan pelanggannya, sepertimana yang hangat diperkatakan.
Menurut kenyataan rasmi dari BSN:
Kami memohon maaf atas kekeliruan dan kesulitan yang dialami.
Untuk makluman pelanggan, tiada sebarang pemotongan atau pengurangan wang dalam akaun simpanan anda. lni adalah kerana, sistem memaparkan jumlah baki untuk pengeluaran tidak termasuk dengan jumlah baki minimum* pelanggan (mengikut jenis akaun).
Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, sistem akan memaparkan baki sebenar akaun pelanggan, dalam tempoh terdekat ini.
Kami memohon maaf dan sebarang kesulitan amatlah dikesali. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pusat Hubungan Pelanggan BSN di talian 1300-88-1900.
SUMBER :
Facebook Bank Simpanan Nasional