Kerajaan Tidak Mampu Untuk Meningkatkan Gaji Minimum ?

TULAR:
1443

PENJELASAN:

Kementerian Sumber Manusia (KSM) memperjelaskan dakwaan bahawa kerajaan tidak mampu untuk menuaikan janji bagi melaksanakan peningkatan gaji minimum sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Facebook

Menurut Siaran Media KSM:

Perintah gaji minimum 2015 memperuntukkan kadar gaji minimum sebanyak RM1,000 sebulan bagi Semenanjung Malaysia dan RM920 bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Seperti diperuntukkan oleh Seksyen 25 Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732), Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) telah selesai membuat kajian semula terhadap Perintah Gaji Minimum 2015. Syor-syor MPGN telah dibincangkan oleh Jemaah Menteri .

Setelah menimbang syor MPGN dari pelbagai sudut, Kerajaan buat pertama kalinya bersetuju untuk melaksanakan kadar gaji minimum yang seragam diseluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak iaitu RM1,050 sebulan/ RM5.05 sejam berkuat kuasa pada 1hb Januari 2019. Kerajaan juga memutuskan untuk tidak memberi sebarang subsidi kepada mana-mana majikan kerana kekangan kewangan semasa negara. Peningkatan gaji minimum ini adalah selaras dengan situasi ekonomi semasa negara.

SUMBER:
Facebook Rasmi Kementerian Sumber Manusia 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI