PALSU:
Tersebar luas satu klip suara (voice note) yang dikitar semula, yang mendakwa kononnya berlaku kejadian tanah runtuh di KM 52.4 Lentang, Lebuhraya KL-Karak.
SEBENARNYA:
Menurut kenyataan rasmi Lebuhraya Pantai Timur (LPT):
Viral rakaman suara kejadian tanah runtuh di KM 52.4 Lentang, Lebuhraya KL-Karak adalah rakaman lama yang dikitar semula oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Ia adalah kejadian tahun 2015.
Untuk keadaan trafik terkini di sepanjang KLK & LPT1, sila ikuti laman rasmi Twitter & FB LPT.