Menteri Pendidikan Cadang Tukar Status Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) Menjadi Sekolah Kebangsaan?

TULAR:
1299

PENJELASAN:

Kementerian Pendidikan Malaysia memperjelaskan dakwaan bahawa YB Menteri Pendidikan telah mencadangkan supaya status Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) menjadi Sekolah Kebangsaan.

Sumber gambar : Facebook

Menurut kenyataan rasmi Kementerian Pendidikan:

Berhubung laporan Malaysia Nanban dibawah tajuk ” Tukar Menjadi Sekolah Kebangsaan” bertarikh 13 November 2018, Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) ingin menegaskan bahawa laporan itu tidak tepat.

Semasa menjawab soalan lisan di Dewan rakyat pada 12 November 2018, YB Menteri Pendidikan Dr Mazlee Malik hanya menyebut bahawa KPM berpandangan dan mencadangkan sekolah – sekolah bantuan kerajaan (SBK) yang tidak dapat menampung kos operasi penyelenggaraan dan pembangunan infrastruktur sekolah masing- masing agar menukar status SBK kepada sekolah kerajaan agar segala perbelanjaan mengurus dan pembangunan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

Sehubungan itu YB Dr Mazlee, tidak menyebut atau mengesyorkan SBK ditukar menjadi sekolah kebangsaan. KPM sentiasa memberi perhatian dan peruntukkan sewajarnya kepada semua jenis sekolah, termasuk SBK. KPM berpandangan laporan bertajuk “Tukar Menjadi Sekolah Kebangsaan” memberi gambaran seolah – olah KPM menyarankan agar kesemua SBK ditukar menjadi sekolah kebangsaan. Justeru KPM memohon agar laporan itu dibetulkan bagi mengelakkan sebarang kekeliuran dikalangan masyarakat.

SUMBER:

Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI