PENJELASAN:
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia memperjelaskan dakwaan kononnya berlaku kejadian tanah runtuh hingga menyebabkan limpahan air di Jalan Cameron Highlands ke Simpang Pulai.
Menurut kenyataan rasmi Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR):
Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) mengambil maklum berkenaan klip video yang tular mengenai kejadian tanah runtuh di Jalan Simpang Pulai – Cameron Highlands (FT185 Seksyen 42) yang dilaporkan berlaku pada 26 September 2018 (Rabu). Ekoran itu, JKR Malaysia ingin memberi pencerahan bahawa kejadian tersebut bukan melibatkan tanah runtuh tetapi disebabkan limpahan air dan jalan adalah selamat untuk dilalui.
Untuk makluman, kejadian limpahan air berlaku adalah berpunca daripada limpahan air dari atas bukit yang menyebabkan tembok penahan mengalami kerosakan dan sebahagian dari struktur tersebut runtuh. Kejadian dilaporkan berlaku pada jam 3.00 petang selepas hujan yang lebat sejak tengahari tersebut dan kerja-kerja awalan pembersihan jalan serta pemasangan peralatan kawalan trafik telah dilaksanakan.
Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Sani Harul berkata, kejadian jam 4 petang itu sebenarnya hanya melibatkan laluan air pecah.
“Keadaan itu menyebabkan tembok tebing pecah dan air melimpah ke atas jalan raya utama. Tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands sudah ke lokasi dan mengesahkan kejadian namun tidak melibatkan sebarang mangsa.”
SUMBER:
Facebook Rasmi Jabatan Kerja Raya Malaysia