Penyaluran Dana SJKT Tidak Telus?

TULAR:
367

PENJELASAN:

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperjelaskan dakwaan bahawa pihak KPM dipengaruhi oleh persatuan-persatuan tertentu dalam menjaga kebajikan dan hal ehwal pembangunan sekolah-sekolah Tamil.

Gambar hiasan. Sumber: bharian.sg

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat memandang serius akan dakwaan yang mengatakan bahawa KPM dipengaruhi oleh persatuan-persatuan tertentu dalam menjaga kebajikan dan hal ehwal pembangunan sekolah-sekolah Tamil.

KPM ingin menjelaskan bahawa dana yang diperuntukkan kepada Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) akan digunakan dengan teliti berdasarkan kriteria keperluan dan bukan pengaruh. Dalam hal ini, KPM sentiasa terbuka dengan pandangan daripada pelbagai pihak yang prihatin dalam membantu kemajuan SJKT dan telah bertemu dengan beberapa organisasi termasuk Majlis Guru Besar dan juga wakil-wakil rakyat daripada kalangan masyarakat India yang memberikan maklumat secara langsung tentang keadaan dan keperluan infrastruktur serta kebajikan SJKT. Di samping itu, KPM juga membuat rujukan secara terus dengan penyelia-penyelia sekolah Tamil dan guru-guru besar SJKT supaya maklumat yang diperlukan tepat dan sahih.

SUMBER:

Facebook Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI