PALSU:
Tular di media sosial dakwaan kononnya telah berlaku kejadian tembak-menembak di antara sepasukan anggota polis dan beberapa orang penjenayah di Kuala Lumpur.
SEBENARNYA:
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, video kejadian tembak-menembak yang tular bukan kejadian sebenar, sebaliknya hanya penggambaran filem.
“Saya nafikan kejadian tembak berkenaan (kejadian sebenar), jadi orang awam tidak perlu bimbang dengan kejadian berkenaan,” katanya.
SUMBER:
Facebook Polis Diraja Malaysia