Paparan Tweet PM Berkenaan Penangguhan Pemberian BR1M 2018 Sehingga Selepas PRU?

TULAR:
2885

PALSU:

Tular di media sosial satu tweet kononnya oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mengumumkan bahawa pemberian BR1M 2018 akan ditangguhkan sehingga selepas Pilihan Raya Umum (PRU).

Sumber gambar: Twitter

SEBENARNYA:

YAB Perdana Menteri melalui akaun Twitter rasmi beliau tidak ada mengeluarkan tweet berkenaan penangguhan pemberian BR1M tersebut. Orang ramai dipohon agar tidak terkeliru dengan mesej palsu yang tular tersebut.

Sumber gambar: Twitter Rasmi YAB Perdana Menteri

SUMBER:

Twitter Rasmi YAB Perdana Menteri


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI