PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa berlaku kejadian tembak yang melibatkan sebuah kenderaan mewah milik seorang ahli perniagaan yang berlaku di kawasan Stutong, Kuching.
SEBENARNYA :
Polis menafikan berlaku kejadian tembak yang melibatkan sebuah kenderaan mewah berlaku di Kuching.
Mengesahkan berita palsu tersebut Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai yang dihubungi RTM menyatakan kes tersebut merupakan satu kes lama.
Tambahnya cermin kenderaan yang pecah dikatakan terkena tembakan itu sebenarnya terkena objek tumpul.
SUMBER :
Facebook Radio Televisyen Malaysia Sarawak