Hospital Negara Akan Mengalami Serangan Siber ‘Ransomware’?

TULAR:
121

PENJELASAN:

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperjelaskan persoalan berhubung Malaysia akan mengalami serangan siber ‘ransomware’ yang telah melumpuhkan perkhidmatan kesihatan di England sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar: Twitter

Malaysia dijangka tidak akan mengalami serangan siber ‘ransomware’ yang telah melumpuhkan perkhidmatan kesihatan di England kerana negara ini masih belum mempunyai sistem Data Bersepadu Kesihatan Kebangsaan seperti yang digunakan di negara itu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata sistem yang diguna pakai di hospital negara ini dibuat secara berasingan.

Bagaimanapun katanya, susulan serangan ramsomware itu, kerajaan meningkatkan kawalan khusus dalam berhadapan dengan ancaman keselamatan siber seumpama itu.

SUMBER:

Berita Harian

Harian Metro

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI