Kejadian Samun di Tampin?

TULAR:
353

PENJELASAN:

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin memperjelaskan dakwaan kononnya sebuah kedai makan disamun dua lelaki bersenjatakan parang berhampiran Tampin Square sepertimana rakaman video yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Facebook.

Senario sebuah kedai makan disamun dua lelaki bersenjatakan parang berhampiran Tampin Square, hanyalah lakonan atau demonstrasi polis sempena Program Walkabout Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin.

Menurut Ketua Polis Daerah Tampin, Superitendan Hamazah Ab Razak, masyarakat setempat tidak perlu bimbang dan gusar mengenai insiden berkenaan memandangkan ianya hanya lakonan semata-mata bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai jenayah berkenaan.

SUMBER :

Sinar Harian

New Straits Times

Kosmo


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI