Kejadian Tembak Menembak Di Stutong, Kuching Melibatkan Kenderaan Milik Ahli Perniagaan?

TULAR:
553
Sumber gambar : PDRM

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa berlaku kejadian tembak yang melibatkan sebuah kenderaan mewah milik seorang ahli  perniagaan yang berlaku di kawasan Stutong, Kuching.

Sumber gambar : Facebook

SEBENARNYA :

Polis menafikan berlaku kejadian tembak yang melibatkan sebuah kenderaan mewah berlaku di Kuching.

Mengesahkan berita palsu tersebut Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai yang dihubungi RTM menyatakan kes tersebut merupakan satu kes lama.

Tambahnya cermin kenderaan yang pecah dikatakan terkena tembakan itu sebenarnya terkena objek tumpul.

SUMBER : 

Facebook Radio Televisyen Malaysia Sarawak


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI