Kek Lapis Jenama Apollo Tidak Halal?

TULAR:
5295

PALSU:

Tersebar luas sebuah mesej yang dikitar semula, dakwaan kononnya kek lapis jenama Apollo mengandungi lemak babi.

Versi Terkini. Tular: September 2018

Sumber gambar: Facebook

Versi Terdahulu.Tular: Jun 2018

Sumber gambar: Twitter

Versi Terdahulu. Tular: Februari 2017

Sumber gambar: Facebook

Versi Terdahulu. Tular: Oktober 2016

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Bahagian Hab Halal JAKIM dalam kenyataan memberi penjelasan berkenaan status halal Kek Lapis jenama Apollo ini pernah dibuat oleh JAKIM pada 22 Oktober 2016 dan 15 Februari 2017 yang lalu.

Perlu diketahui, Kek Lapis jenama Apollo tersebut merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga ke hari ini.

SUMBER:

Facebook Rasmi Bahagian Hab Halal JAKIM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI