Produk Ikan Masin Turut Dikenakan Cukai 10 % SST?

TULAR:
548

PENJELASAN :

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) memperjelaskan laporan  bahawa produk ikan masin turut dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 10 peratus, sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar: Facebook.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) memohon maaf apabila terlepas pandang untuk meletakkan ikan masin sebagai barangan yang dikecualikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Paddy Abdul Halim berkata, JKDM telah terlepas pandang dan tidak mengecualikan ikan masin daripada cukai SST 10 peratus seperti yang diarahkan oleh Menteri Kewangan.

“JKDM meminta maaf atas kesilapan ini dan akan mengeluarkan arahan pengecualian seperti yang diarahkan dengan segera. Peniaga diminta tidak mengutip SST untuk ikan masin.”

SUMBER :

Utusan

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI