Kerajaan Perlu Membayar Pampasan Berikutan Penangguhan HSR?

TULAR:
516

PENJELASAN:

Menteri Hal Ehwal Ekonomi memperjelaskan dakwaan bahawa kerajaan perlu membayar pampasan yang tinggi berikutan keputusan kerajaan untuk menangguhkan pelaksanaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.

Sumber gambar: Facebook.

Menurut Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) ditangguhkan dalam satu tempoh masa yang munasabah tanpa melibatkan pembayaran pampasan.

Ujarnya, pembayaran pampasan berkenaan hanya akan dikenakan jika Malaysia gagal melaksanakan projek HSR selepas tamat tempoh penangguhan. “Tidak ada pampasan yang perlu dibayar dalam tempoh penangguhan projek ini dan ia dibayar sekiranya di akhir tempoh penangguhan kita membatalkan projek.”

Datuk Seri Azmin turut menambah, dalam tempoh penangguhan itu, Malaysia dan Singapura meneruskan perbincangan termasuk mengambil langkah mengurangkan kos projek, termasuk menggunakan teknologi yang baru.

SUMBER :

Astro Awani

Utusan Malaysia

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI