Tiada Tindakan Diambil Oleh Kerajaan Berkenaan Projek Pan-Borneo Di Sabah Yang Ketinggalan ?

TULAR:
896

PENJELASAN:

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memperjelaskan dakwaan bahawa kerajaan Malaysia tidak mengambil berat mengenai permasalahan projek Pan-Borneo di Sabah yang dikatakan ketinggalan.

Sumber gambar: Facebook

Menurut Tun Dr. Mahathir Mohamad, kerajaan Malaysia akan menyiasat sebab-sebab berlaku kelewatan pembinaan bahagian laluan Lebuhraya Pan Borneo di Sabah walaupun wang pembinaannya telah pun disalurkan.

Pembinaan bahagian itu agak ketinggalan, oleh itu kerajaan akan siasat ke mana perginya wang yang banyak ini yang sepatutnya sudah menghasilkan  kemajuan pembinaan yang ketara.

Beliau berkata, walaupun demikian, kerajaan tetap komited untuk meneruskan pelaksanaan pembinaan lebuh raya itu sekalipun mungkin terlewat daripada sasaran awalnya.

SUMBER:

Kosmo


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI