Pengecualian Atau Pengurangan Bayaran Kompaun Akan Diberikan Bagi Kesalahan Di Bawah AWAS?

TULAR:
1642

PENJELASAN :

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memperjelaskan dakwaan bahawa terdapat pengecualian atau pengurangan bayaran kompaun akan diberikan untuk semua saman yang dikeluarkan bagi kesalahan di bawah Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar : Facebook

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke,tiada pengecualian atau pengurangan bayaran kompaun akan diberikan untuk semua saman yang dikeluarkan bagi kesalahan di bawah Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) mulai 1 September 2018.

Orang Yang Kena Saman (OKS) akan diberi tempoh kompaun selama 60 hari dengan kadar kompaun RM300 dan pada masa yang sama mata demerit akan dikenakan apabila kompaun ini dibayar.

“Sekiranya OKS tidak menyelesaikan  kompaun yang ditetapkan, kes ke atas OKS akan didakwa di mahkamah dan sekiranya OKS masih gagal hadir ke mahkamah seperti yang dikehendaki, mereka akan disenarai hitam dan dihalang daripada melakukan apa jua transaksi  serta urusniaga di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sehinggalah kes ini diselesaikan.”

SUMBER : 
Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI