Kekacauan Kaum Di Kluang?

TULAR:
511
Gambar hiasan.Sumber gambar : PDRM

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa berlaku kekacauan kaum di Batu 4 dan Taman Puteri, Kluang.

Sumber gambar : Facebook

SEBENARNYA:

Polis Kluang menafikan status di satu komuniti Facebook yang menyatakan berlaku kekacauan kaum di Batu 4 dan Taman Puteri, Kluang.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata, maklumat berkenaan palsu dan pemeriksaan pihaknya mendapati tiada sebarang kekacauan di lokasi berkenaan dilaporkan kepada polis sehingga kini.

“Siasatan awal sudah dibuat dan ternyata status berkenaan adalah palsu dan boleh membawa kepada ketidaktenteraman awam bagi masyarakat khususnya di Kluang. Malah gambar disertakan kononnya berlaku kekacauan sehingga seorang lelaki ditetak sehingga parah adalah gambar kejadian di Kuala Selangor. Saya sudah meminta anggota supaya membuat laporan polis terhadap status palsu itu bagi tindakan lanjut.”

SUMBER : 

Facebook Rasmi Polis Diraja Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI