Waspada Keselamatan Berikutan Hujan Lebat dan Angin Kencang

TULAR:
437

WASPADA :

Orang ramai adalah dinasihatkan supaya peka dengan keadaan cuaca serta mengambil langkah berjaga-jaga dengan keadaan hujan lebat dan angin kencang yang boleh menyebabkan rumah rosak dan pokok tumbang.

Gambar hiasan. Sumber: Sunlive.

Menurut Pengarah Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip, orang ramai perlu mengelakkan daripada meletakkan kenderaan atau berada di kawasan banyak pokok, papan tanda (street signboard) dan papan iklan (billboard) kerana ia berkemungkinan tumbang, ketika cuaca buruk.

Ujarnya lagi, kejadian hujan lebat dan angin kencang ekoran pembentukan awan kumulonimbus, yang kerap berlaku di di negara beriklim tropika seperti Malaysia, ialah sumber utama pembentukan hujan ribut petir disebabkan arus perolakan yang kuat dalam awan berkenaan.

Dr Mohd Hisham berkata selain mengakibatkan hujan lebat dan angin kencang, ia juga kadang-kala boleh menghasilkan hujan air batu. “Orang ramai perlu peka dengan keadaan cuaca ini kerana angin yang dihasikan boleh mencecah 100 kilometer sejam, namun ia (kelajuan angin) ini jarang berlaku.”

SUMBER :

Berita Harian

Utusan Malaysia

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI