Kerajaan Tidak Bertindak Soal Tangkapan Ikan Oleh Nelayan Asing Dalam Perairan Negara?

TULAR:
766

PENJELASAN :

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memperjelaskan dakwaan bahawa kerajaan tidak bertindak menangani masalah tangkapan ikan oleh nelayan asing dalam perairan negara yang mengancam ekonomi nelayan tempatan, sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar: Facebook.

Menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub, tiada lagi bot laut dalam milik nelayan asing dibenarkan menangkap ikan di perairan negara dalam tempoh antara dua hingga tiga tahun lagi.

Salahuddin berkata, Jabatan Perikanan sudah membatalkan 303 lesen bot laut dalam milik warga asing dan sehingga kini hanya tinggal 40 lagi yang masih dibenarkan menangkap ikan di perairan negara, dan lesen mereka akan terbatal bila tamat tempoh dan tidak akan disambung.

“Semua lesen bot laut dalam hanya akan diberikan kepada nelayan tempatan sahaja. Sebenarnya dulu lesen bot laut dalam dikeluarkan kepada nelayan asing pada 2008 kerana hasil tangkapan untuk negara ini tidak mencukupi tetapi sekarang situasinya berbeza sebab itu Jabatan Perikanan tak lagi keluarkan lesen kepada warga asing.”

SUMBER :

Berita Harian

Utusan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI