Jemaah Masjid Di Jeram, Kuala Selangor Ditetak Kerana Isu Azan Subuh?

TULAR:
1529
Gambar hiasan.Sumber gambar : PDRM

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat sekumpulan lelaki menyerang jemaah sebuah masjid di Taman Permai Batu 4, Simpang 3 Jeram, Kuala Selangor berhubung isu azan subuh.

Pada masa sama, turut terdapat pelbagai versi mesej tular tersebut, yang telah mengakibatkan kekeliruan dan kegusaran di kalangan masyarakat.

Versi 1:

Sumber gambar: Facebook

Versi 2:

Sumber gambar: WhatsApp

Versi 3:

Sumber gambar: Facebook

Versi 4:

Sumber gambar: Facebook

Versi 5:

Sumber gambar: WhatsApp

SEBENARNYA :

Menurut kenyataan rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM):

Ekoran daripada kejadian seorang lelaki mengalami kecederaan parah di tangan kirinya akibat ditetak oleh beberapa lelaki pada 31 Ogos 2018 lalu di Jeram, Kuala Selangor, didapati banyak penularan melalui media sosial samada dalam bentuk video, kenyataan mahupun mesej bersuara yang memberi gambaran tidak tepat termasuk mengaitkannya dengan unsur perkauman. Ini sekaligus mengundang kegusaran dikalangan masyarakat dan tindakan tersebut dilihat sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab oleh pihak tertentu tanpa merujuk kepada pihak berkuasa, khususnya pihak polis terlebih dahulu.

Saya selaku Ketua Polis Daerah Kuala Selangor ingin menegaskan di sini bahawa keadaan keselamatan di daerah Kuala Selangor khususnya di Jeram adalah terkawal dan masyarakat masih terus menjalankan aktiviti seperti biasa. Dalam perkembangan sama, pihak polis IPD Kuala Selangor juga telah membuat tangkapan ke atas 7 individu bagi membantu siasatan yang disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

SUMBER:

Siaran Media IPD Kuala Selangor

Facebook Rasmi Polis Diraja Malaysia

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI