Penerbangan Domestik Sabah Dan Sarawak Dikenakan SST?

TULAR:
426

PENJELASAN: 

Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) memperjelaskan dakwaan yang tular di media sosial bahawa tiket penerbangan domestik Sabah dan Sarawak turut dikenakan Cukai Jualan Dan Perkhidmatan (SST).

Sumber gambar: Facebook

Menurut Menteri Kewangan Lim Guan Eng, perkhidmatan pengangkutan udara di Sabah dan Sarawak dikecualikan daripada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) kerana ia merupakan mod pengangkutan yang kritikal dan penting bagi penduduk di kedua-dua negeri tersebut.

Pengecualian tersebut merupakan keistimewaan yang diberikan kepada kedua-dua negeri di pulau Borneo itu kerana mengambil kira faktor struktur muka bumi Sabah dan Sarawak yang begitu luas.

SUMBER:

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI