PALSU:
Tular di media sosial yang dakwaan bahawa berlakunya masalah kekurangan minyak masak di Jerantut.
Gambar hiasan. Sumber: Google
SEBENARNYA :
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Jerantut menafikan berlakunya masalah kekurangan minyak masak di daerah ini sebagaimana yang diviralkan oleh media sosial .
Ketua KPDNKK Cawangan Jerantut, Mohd Faizul Salleh berkata, sehingga kini, bekalan minyak masak bagi daerah ini masih lagi mencukupi.