Iklan Jawatan Kosong KWSP Di Blog?

TULAR:
465

PALSU :

Tersebar luas di blog-blog kononya terdapat iklan jawatan kosong dari KWSP.

Sumber gambar: KWSP


SEBENARNYA :

Menurut maklumbalas dari KWSP, maklumat palsu berhubung iklan jawatan kosong KWSP yang disiarkan melalui blog-blog peribadi telah mengundang pelbagai pertanyaan dari pihak luar yang turut menghubungi KWSP bagi mendapatkan pengesahan.

Perkara ini juga menjadi semakin serius apabila ia turut dikongsi oleh pengguna laman sosial seperti Facebook dan Instagram.

Pihak KWSP menasihatkan supaya ahli serta masyarakat menghindar daripada menyebarkan maklumat yang tidak benar kerana ia merupakan satu kesalahan kerana mengelirukan orang awam.

SUMBER :

Siaran Media KWSP


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI