Menurut kenyataan media Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor:
JKN Johor ingin merujuk kepada mesej yang sedang tular di media sosial berkaitan kemalangan yang menimpa seorang Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) dari Klinik Pergigian Taman Ungku Tun Aminah (TUTA) ketika melaksanakan Pekhidmatan Pergigian Sekolah (PPS) disalah sebuah sekolah di Daerah Johor Bahru.
JKN Johor ingin memaklumkan bahawa maklumat berkaitan adalah merupakan insiden yang berlaku pada April 2019 yang mana PPK tersebut telah pulih sepenuhnya dan telah kembali bertugas.