Dakwaan ICU COVID-19 Hospital Sultanah Bahiyah Ditutup Adalah Palsu

TULAR:
1400

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan media Jabatan Kesihatan Negeri Kedah,

Jabatan Kesihatan Negeri Kedah ingin merujuk kepada kenyataan dan video yang sedang tular di media sosial berkaitan penutupan Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sultanah Bahiyah.

Jabatan Kesihatan Negeri Kedah ingin menegaskan bahawa Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) masih beroperasi seperti biasa. Untuk makluman, masih terdapat kes COVID-19 yang sedang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah walaupun tiada pesakit yang memerlukan rawatan di ICU pada ketika ini.

Video yang dimuatnaik dalam media sosial juga telah disediakan oleh orang perseorangan tanpa pengetahuan pihak pengurusan Hospital Sultanah Bahiyah atau pihak Jabatan Kesihatan Negeri Kedah.

Semua pihak terutamanya anggota kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah diminta supaya tidak mengeluarkan kenyataan, memuatnaik gambar atau video yang boleh mengelirukan dan menimblkan persepsi yang salah kepada masyarakat awam.

SUMBER:

Facebook Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Kedah

Facebook Rasmi Hospital Sultanah Bahiyah


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI