Waspada Sindiket Penipuan Yang Melibatkan Pakej Rangsangan & Bantuan Oleh BNM & Industri Kewangan Semasa Penularan Wabak COVID-19

TULAR:
1362

Menurut kenyataan bersama Persatuan Bank Bank Dalam Malaysia (ABM) dan Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM):

Mereka berkata, penipu tersebut menggunakan helah ingin memudahkan bantuan kewangan dan/atau membantu menyediakan permohonan pinjaman serta mendapatkan pembiayaan yang melibatkan pakej rangsangan dan langkah bantuan khas seperti Kemudahan Bantuan Khas (SRF) yang diumumkan BNM dan institusi kewangan.
Pihanknya ingin menegaskan bahawa institusi kewangan dan/atau bank tidak melantik atau berurusan dengan pihak ketiga atau ejen untuk proses mendapatkan pinjaman.

Oleh itu, individu dan ahli perniagaan dinasihati supaya tidak membuat permohonan pinjaman dan/atau mendedahkan maklumat sensitif dan sulit kepada individu atau syarikat yang mengaku menjadi pihak ketiga yang dilantik atau ejen daripada industri kewangan.

Orang ramai dan ahli perniagaan yang ingin mendapatkan pembiayaan juga dinasihati menghubungi secara langsung bank atau institusi kewangan untuk membuat permohonan pinjaman bagi mengelakkan daripada ditipu oleh sindiket yang tidak bertanggungjawab.

SUMBER:

Laman Sesawang Rasmi Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia

Bernama

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI