WASPADA:
Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dengan panggilan telefon atau surat yang kononnya daripada Kementerian Kerja Raya (KKR) yang menawarkan kontrak tertentu samaada kaedah rundingan terus atau tender daripada KKR.
Pihak KKR mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan berwaspada sekiranya menerima tawaran kontrak yang mencurigakan daripada pihak yang mengaku sebagai wakil Kementerian.
Hubungi segera Unit Komunikasi Korporat (UKK) KKR di talian 03- 27714613 /4623 atau emel : [email protected] untuk mendapatkan pengesahan dan laporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan
Pihak KKR juga telah membuat laporan polis pada 17 Ogos 2016, di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur sebagai langkah pencegahan.
SUMBER :