Ular Sawa Telan Wanita Di Bintulu?

TULAR:
1607

PALSU :

Tular di media sosial gambar yang menunjukkan seekor ular dengan perut yang besar, yang didakwa kononnya telah menelan seorang wanita di Bintulu. Dikatakan bahawa wanita itu ditelan di kawasan hutan di Sungai Plan ketika sedang mencari sayur hutan di kawasan itu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber gambar: Berita Harian


SEBENARNYA :

Pihak polis menafikan laporan kes serangan ular sawa terhadap seorang wanita di Bintulu ketika mengutip sayur hutan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, tiada kes itu dilaporkan di Bintulu dan ia sengaja dihebohkan di internet untuk menarik perhatian.

SUMBER :

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI