Kementerian Kerja Raya Punyai Orang Tengah Proses Tender?

TULAR:
485

WASPADA:

Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dengan panggilan telefon atau surat yang kononnya daripada Kementerian Kerja Raya (KKR) yang menawarkan kontrak tertentu samaada kaedah rundingan terus atau tender daripada KKR.

Gambar hiasan. Sumber : Pinterest.

Pihak KKR mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan berwaspada sekiranya menerima tawaran kontrak yang mencurigakan daripada pihak yang mengaku sebagai wakil Kementerian.

Hubungi segera Unit Komunikasi Korporat (UKK) KKR di talian 03- 27714613 /4623 atau emel : [email protected] untuk mendapatkan pengesahan dan laporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan

Pihak KKR juga telah membuat laporan polis  pada 17 Ogos 2016, di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur sebagai langkah pencegahan.

SUMBER :  

Siaran Akhbar KKR


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI