Kementerian Kesihatan Nasihat Nestle Malaysia Untuk Tarik Semula Produk Maggi?

TULAR:
2882

PALSU:

Tersebar luas sebuah mesej yang dikitar semula di media sosial, dakwaan bahawa kerajaan Malaysia mengeluarkan nasihat kepada Nestle Malaysia untuk menarik balik semua produk mi segera Maggi dari pasaran kerana tidak selamat dimakan.

Kenyataan itu mendakwa produk berkenaan mengandungi banyak plumbum yang membahayakan kesihatan pengguna dan arahan penarikan balik Maggi itu kononnya boleh diikuti menerusi berita TV9 pada jam 8 malam.

Versi Terkini. Tular: April 2017

Sumber gambar: facebook.com

Versi Terdahulu. Tular: Februari 2016

Sumber gambar: facebook.com

Versi Terdahulu. Tular: Jun 2015

Sumber gambar: facebook.com

SEBENARNYA:

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak mengeluarkan nasihat kepada Nestle Malaysia untuk menarik balik produk mi segera Maggi di pasaran kerana kononnya tidak selamat dimakan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata perkara itu tidak benar dan adalah cerita lama di luar negara yang dihebohkan semula.

“Itu adalah cerita lama yang berlaku di India, bukannya di Malaysia.”

SUMBER:

Berita Harian

Laman Rasmi Ketua Pengarah Kesihatan

New Straits Times


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI