Perogol Kahwini Mangsa Terlepas Hukuman?

TULAR:
176

PENJELASAN:

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said menjelaskan dakwaan bahawa perogol yang mengahwini mangsanya akan terlepas hukuman dan pendakwaan di mahkamah.

Sumber gambar: Facebook

Datuk Seri Azalina Othman Said berkata perogol boleh didakwa mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.

Beliau berkata, sekiranya ada laporan polis berhubung kejadian rogol, siasatan akan dimulakan terhadap suspek tertakluk kepada budi bicara pendakwaraya dan keterangan yang ada untuk membuat pertuduhan dan meneruskan pendakwaan di mahkamah.

SUMBER :

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI