PENJELASAN :
Kementerian Pendidikan memperjelaskan dakwaan bahawa Kementerian Pendidikan meminggirkan sektor berkenaan di Kelantan sepertimana yang tular di media sosial.
Kementerian Pendidikan memperjelaskan bahawa kementerian berkenaan tidak pernah meminggirkan sektor berkenaan di Kelantan, sebaliknya negeri itu menerima peruntukan antara yang tertinggi setiap tahun.
Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Alias Ahmad, berkata bagi tahun 2017 kementeriannya menerima peruntukan daripada kerajaan sebanyak RM43 bilion untuk 10,180 sekolah di seluruh negara.
SUMBER :
Berita Harian