Harga Tambang Tren ECRL Akan Mahal?

TULAR:
888

PENJELASAN :

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri memperjelaskan dakwaan bahawa rakyat akan dibebankan dengan tambang pengangkutan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang bakal menjadi mahal ekoran kos pembinaannya yang tinggi sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: The Star.

Menurut Menterinya Datuk Seri Mustapa Mohamed, kerajaan akan memastikan bahawa tambang yang akan dikenakan adalah berpatutan.

Katanya, tiada negara yang membuat keuntungan daripada penyediaan pengangkutan awam. “Seperti tambang Mass Rapid Transit (MRT) yang dilancarkan Disember lalu, kerajaan menanggung subsidi tidak kurang daripada 50 peratus dalam memberikan tambang yang berpatutan kepada pengguna,” katanya.

SUMBER :

Bernama

Astro Awani

New Straits Times


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI